Friday 28 October 2011

facebook....

APA AKAN JADI..... Klu binatang ada facebook .. agak2 apa status mereka ?
NYAMUK : Baru habis ronda rumah Ajoi .. kenyang burp, alhamdulillah
CICAK : Isteriku tersepit kt celah pintu .. sobs~
KUCING BETINA: Anak I yg ke-5 baru tanya sapa bapaknya. I bingung nk jwb apa. I sendiri lupa bapaknya sapa..
AYAM : Kawan .. klu esok aku xupdate…b'erti aku udah digoreng….I luv u all… jgn lupa wat kenduri arwah utk aku ya…
NYAMUK: Siot, sekali drug addict gua hantam. Gua positif HIV AIDS…uwaaaaaaa~ KUCING: Baru ja add awek sebelah umah…keturunan PARSI beb!!!
BABI : Aku bengang betoi la...dia pijak taik kucing tapi nama aku yg dia sebut...wei bro! len kali siasat dlu la sapa yg berak kt depan umah hg..tension2...

:)

Saya adalah seorang pegawai di syarikat swasta, lulusan dari luar negara. Perkahwinan kami pada dasarnya diatur oleh keluarga, kerana mengikut kehendak tua orang yang kononnya suka bermenantukan orang miskin. Alasan orang tua saya, isteri yang berasal dari keluarga miskin dan kurang mampu lebih taat, patuh dan setia kepada suami, berbanding dengan mereka yang datang daripada keluarga yang ada duit sikit.
“Sebelum bertunang, kami telah diberikan peluang untuk berkawan selama tiga bulan dengan tujuan untuk berkenalan lebih rapat lagi supaya tak kekok bila berkahwin nanti. Akhirnya tak sampai setahun selepas itu kami bernikah.
“Namun saya akui isteri saya seorang yang cantik dan perawakan lemah lembut. Seperti saya, dia mengaku tidak pernah ada teman yang serius sebelum kami berkenalan dan seterusnya bertunang. Secara ikhlas saya menerimanya dan menyayanginya seperti menatang minyak yang penuh. Walaupun saya menghadapi pelbagai ujian dan kerenah rumah tangga, namun kami boleh dianggap sebagai keluarga yang sungguh bahagia.
“Kehadiran tiga orang cahaya mata telah menceriakan lagi suasana dan keharmonian rumah tangga kami. Bagaimanapun memandangkan keadaan dan keperluan keluarga kami yang semakin meningkat, saya telah mengizinkan isteri saya bertugas secara syif di kilang. Saya cuma berharap isteri saya bekerja untuk empat tahun sahaja untuk membantu selesaikan hutang kereta dan kad kredit yang saya hadapi dan semua atas permintaannya juga yang bersimpati dengan masalah yang saya hadapi ketika itu.
“Apabila saya mengambil keputusan membenarkan Mazlin bekerja tentulah saya terpaksa dan sudah bersedia secara mental dan fizikal bahawa hidup saya tidaklah seselesa suami-suami lain yang isterinya menjadi isteri sepenuh masa, di mana makan minum mereka dijaga tanpa pergi ke dapur mengambil nasi sendiri kerana semuanya disediakan di atas meja.
“Saya juga faham saya terpaksa berkorban dari segi kehidupan yang sudah pastinya tidak akan menentu, ialah, kita bekerja waktu siang, sementara isteri kita terpaksa bekerja ikut syif, ada pagi ada petang dan ada juga malam. Dan saya sudah bersedia dengan keadaan ini semua. Saya juga bersedia berkorban waktu rehat Sabtu dan Ahad kerana terpaksa menjaga anak bila ditakdirkan isteri bekerja.
“Saya tak kisah semua kerja itu walaupun mengasuh anak kecil dan berjaga malam semasa ibu mereka kerja, termasuklah buat susu dan mendodoikan mereka.
“Pagi esoknya saya juga sudah bersedia menghantar anak-anak ke rumah pengasuh untuk menjaga mereka sementara ibu mereka pulang. Apabila pulang kerja, saya akan menjaga mereka. Kadang-kadang saya membuat kerja tambahan dan pulang lewat malam untuk mendapatkan wang tambahan untuk keluarga.
“Hasrat saya paling utama ketika itu adalah untuk segera menyelesaikan beban hutang secepat mungkin. Apabila hutang sudah diselesaikan saya akan meminta dia supaya berhenti kerja dan seterusnya kami dapat hidup dalam keadaan lebih selesa.
“Malang sekali, semenjak isteri saya Mazlin bekerja dan membantu keperluan untuk rumah, sikapnya semakin berubah secara beransur-ansur. Dia sudah mula pandai menengking saya, suka mengarah saya apa yang patut saya lakukan dalam rumah. Dia juga menjadi lebih kasar dengan anak-anak dan membantah setiap nasihat saya sementara semua pandangan saya untuk kebaikan bersama di dalam rumah ditolaknya ke tepi.
“Apa yang amat mengecewakan saya nasihat saya langsung tidak diambil kira, bukan itu sahaja dia juga langsung tidak mahu mendengar cakap saya, kalau mendengar pun daripada wajahnya kita dapat melihat dia bersikap acuh tak acuh sahaja.
“Apabila saya menegurnya dengan baik supaya dia ambil kira nasihat saya dia boleh jawab cakap saya balik dengan cara yang paling menyakitkan hati, katanya: “Abang kalau tak sukakan saya, abang kahwin le dengan orang lain!” Mendidih darah saya mendengarnya, kerana dia seolah-olah mencabar kesabaran saya. Pernah sekali saya menegurnya supaya dia dapat membuat kerja rumah dengan lebih pantas, Mazlin boleh balas cakap saya katanya: “Maz tak pandai buat kerja cepat-cepat. Maz memang lembap! Kalau abang nak cepat-cepat, abang kahwin le dengan orang lain.
“Kadang-kadang hati kecil saya terhiris dengan bahasanya yang kasar itu. Adakah kerana sudah dapat gaji bersih RM500 sebulan (selepas ditolak upah pengasuh), Mazlin sudah berani mencabar dan bersikap keras kepala terhadap saya, suaminya.
“Tambah menyakitkan hati saya dia boleh kata kalau dia tak kerja hidup saya akan menjadi lebih susah lagi. Macamlah gajinya banyak dan pengorbanannya itu begitu penting sekali; “Elehh! Kalau Maz tak kerja, tentu abang tak boleh tanggung keluarga kita.” Sikapnya yang keras kepala semakin menjadi-jadi setelah dia bekerja dan mendakwa gaji yang diperolehnya itu amat banyak. Pendeknya dia berubah betul!
“Dalam pada itu kata-katanya yang mencabar saya amat menyakitkan telinga yang mendengar; “Abang kalau nak cari isteri baru, carilah kalau sudah tak puas hati dengan Maz.” Pada pandangan saya dia semakin hari semakin kurang ajar dan sifatnya ini sudah bersarang dan menjadi tabiat yang susah hendak dikikis. Saya selalu makan hati dengan sikapnya yang suka buat “cincai” ketika melayan saya sebagai suaminya sendiri.
“Bukanlah maksud saya masuk bakul angkat sendiri. Saya tidak pernah keluar rumah hang around dengan kawan-kawan bujang. Jauh sekali minum arak, main judi, main betina, pukul isteri atau pulang lewat malam. Saya lebih suka berada di rumah bersama anak-anak dan isteri bila ada ketikanya kami dapat berkumpul.
“Hidup saya hanya sekitar isteri dan anak-anak. Saya terlalu sibuk dengan mereka. Saya telah membuat yang terbaik untuk isteri dan anak-anak. Saya layan isteri saya seperti puteri raja. Kasih sayang tidak pernah berbelah bahagi bahkan bertambah setiap hari. Bahkan saya kerap membantu Mazlin memasak, mengemas rumah, mencuci baju serta pinggan mangkuk dan melipat pakaian yang bertimbun-timbun itu.
“Malangnya di sebalik semua pengorbanan, kesabaran dan layanan saya itu, saya dianggap oleh Mazlin sebagai sama dengan lelaki lain. “Semua lelaki sama aje. Tak boleh dipercayai!” Mazlin seolah-olah mencabar saya untuk mencari isteri baru dan bertukar menjadi lelaki tidak bertanggungjawab. Ungkapannya yang berulang kali suruh saya `kahwin lain’ dan `semua lelaki sama’ seolah-olah mendoakan saya. Memang saya tiada niat untuk kahwin lagi kerana masa saya untuk isteri dan anak-anak terlalu terhad.
“Tapi jika Mazlin terus “cincai” melayan saya, insya-Allah, saya akan kahwin lagi dengan wanita yang tahu bersyukur dan berterima kasih untuk mengisi kekosongan hati saya selama ini. Saya sedar kesilapan saya memanjakan dia dan terlalu rapat menyebabkan Mazlin hilang rasa hormat pada saya yang bersifat fleksibel dan berfikiran terbuka ini.
“Walaupun Mazlin selalu buat salah dan tidak pernah minta maaf, tapi saya yang akan memujuknya terlebih dahulu. Hasilnya, saya dilayan lebih kurang mengikut mood dan perasaan hatinya sahaja. Hati saya pernah tersentuh dan sayu apabila ada sepupu perempuan yang menumpang sementara di rumah kami, melayan saya dengan menghantar segelas air oren tanpa diminta apabila saya baru pulang dari kerja.
“Dalam hati saya terdetak berkata: `Selama aku hidup dengan isteri aku, tak pernah pun Mazlin hidangkan aku dengan segelas air masa aku pulang dari kerja’. Sebagai suami, bukanlan saya berharap dilayan seperti raja, cukup dengan segelas air, satu kucupan dan senyuman ia sudah cukup membahagiakan suami yang penat.
“Tapi malangnya Mazlin bukannya dia yang sepatutnya melayan saya, sebaliknya saya pula yang terpaksa menatang dia macam minyak yang penuh. Kadang-kadang saya terfikir apakah kerana sudah bekerja, kerana sebelum berkahwin dahulu Mazlin memang tak bekerja, maka dia jadi satu macam punya ego, mungkin dia merasakan gajinya setiap bulan itu sudah cukup besar hingga boleh menampung kami sekeluarga.
“Pernah saya terfikir nasihat ibu bapa saya salah, konon nak cari orang kurang berada dia akan mentaati suami, malangnya saya yang bergaji sekali ganda gaji dia pula yang terpaksa tunduk dan menyayangi dia. Dia juga pernah mendakwa kalau tidak kerana duit gaji dia, hidup saya tak akan bahagia, saya akan susah. Inilah pandangan Mazlin.
“Saya juga kecewa bila ada isteri hentam keromo dengan perkara asas kebahagiaan keluarga. Ada isteri pandang suami macam penyamun. Ada isteri sanggup bersolek, berbedak dan berwangian kalau nak keluar pergi pasar tani. Tapi masa nak bersama dengan suami, jangankan nak mandi, kadang-kadang tu gosok gigi pun malas. Memang patut ada suami pasang lagi satu bila dapat layanan “cincai” isteri masing-masing.
“Bagaimanapun saya masih setia dengan Mazlin dan berdoa agar dia berubah sikap. Walaupun saya makan hati setiap hari, saya masih sabar selagi kasih sayang saya terhadap isteri dan anak-anak masih mekar. Namun hari esok, siapa yang tahu. Sabar ada hadnya. Jika terpaksa, doa Mazlin mungkin akan termakbul juga.”

Monday 17 October 2011

hurmm....apa eh???

abah...rindu...

today is just like another day...cuma pgi td je ada wabak mls bgun tdo coz kna pegi kuliah...last nyte stay smpai lwat mlm sapa suroh....kalawla mummy taw...adoyai...kna mrah..cnfirm~ hee...

smalam...buka muka buku...then ada satu article yg ada la hamba Allah mana yg reka tak taula..tp teringat something from that...then nak kongsi la ngan spa2 jak yg sudi view blog kamek nie...

waktu awal datang sarawak telefon mummy...mummy ckp...abah gtaw mummy abah rindu adik...huhu..isk3... seyesly rsa nak nanges ja...ala2 hujan gitu..tp...law nanges nant mummy rsau agy...msti mummy ingat adik still x ley adapt kat cni...abah rindu adik...huu~ seyes x pnah dengar abah ckp cmtu sblom nie...yela.sblom nie hbes jaoh pon penang jak...hbes lama x blek umah pon 2 mggu jak...kali nie...lpas raya haritue dtg cni(sarawak)..nak balek....tggu thun dpan plak...cti sem bulan satu...hurm...yg bwat tmbah2 sdey tu..law telefon rumah ja msti ckp ngan mummy ja...ngan abh jus suroh mummy kirim salam ja.... bersalahnya.. bukan x nak ckp ngan abh..tp...x tau nak bual apa ngan abh...then mummy tanya...xnak ckp ngan abh???erm...fikir sejenak kmudian aku ckp nak2....then awal2 bual tue tanya,..abah sihat???dah mkn??? abah bwat apa ja harinie???mcm2 aku tanya utk hilangkan rasa kekok tu...then lepas ja pada haritue stiap kali kol mummy msti ckp ngan abah skali...kalaw dulu jus tanya abah dah mkn??chat??typical qs ja...tp sekarang da pandai nak gurau2 cket..tanya abah x rindu adik ka?then abah pon da start gurau2 ngan aku...psan jgn carik pakwe iban kat sni..nanti susah nak blek kampung...hihihhii...

hurm..mgkin tu salah satu hikmah aku dihantar jaoh merantaw ke sini....cuba bygkan kalaw aku stil kekok ngan my dad even dah besar nanti..tak ke rugi....hurm...tu ok lagi... kalaw aku x smpat nak guraw2 cmtu ngan abh aku cemana???mungkin aku akn menyesal sepanjang hayat....sbb x smpat bhgiakan hati tua tu...ajal maut jodoh pertemuan smua di tangan Allah....bwat mna2 viewers yg merasakan diri beliau ada gap yg dibina sniri antara seorang ayah n anak(mcm aku pnah rasa dulu) msih belom terlambat untuk betulkan keadaan...get things right before its too late to correct it...lastly jus wanna say that..............................adik sayang abah~  adios~                                                        






































Tuesday 11 October 2011

spill n chill~

nak tanya sesiapa yg ada habit bila dia rasa sdeyh plus marah dia rasa nak vomit???? hahahaha...aku blom jumpa agy manusia yg ada habit pelik mcm aku nie...asal aku rasa sedeyh je msti rasa nak muntah..kalaw org laen rasa sedeyh msti la rasa nak nanges tu come first rite??.hurm.... bila rasa nak marah pon rasa nak muntah...

dlm hidup nie kadang2 kita kat ats...kdg2 kita kat bawah....kdg2 hepi...kdg2 sedeyh.... aku pon manusia biasa jadi aku pon slalu ja rasa kat bwah,ats,kiri,kanan,sedyh,hepi,marah,xpuas hati....mcm agy la...
last nyte aku rasa nak muntah...smpai skarang pon msih lagi rasa nak muntah...eeewww..kotor betol tuan punya blog nieyh....hahaha..ada aku kesah~

kdg2 rasa nak gelak puas2 kat dri sniri....senang sgt kena tipu...senang sgt pcaya ckp org...apala bodohnya aku nie...again...masih saket hati ngan org yg sama....dear u....bila la u nak stop troubling me with ur act,ur words... it had been 6 years i`ve been sick of u,kalaw pon nak cari topik supaya aku jwb ur call...pliz,jgn crik topik bodoh!!!pliz...kindly leave me~

the other thing is...apa kita nak bwat kalaw org slh faham pasal kita???nak xplain??rasanya utk kpuasan diri sniri boleh la...hurm~

aku msih lagi rasa nak muntah~ ntah~ lbey baek begitu ataw begini???i never mean to hurt anybody...when i  love someone, i mean to make my love happy...when its hurt for that someone bcoz of my love..what should i do???myb that prson will say...`hey you...pliz...kindly leave me~`
myb i should prepared for that.... :-/

Tuesday 4 October 2011

this is another story i found interesting to share here in my blog....njoy read it and make it as a lesson for us...harap2...kita xkan jadi mcm ni...

Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran... Insya' Allah. Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A), telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut. Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai. Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya. Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu. Antara jawapannya ialah: Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada). Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau(Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang) Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini. Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil. Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4, manakala yang bongsunya berusia 6 tahun. Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan, dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah. Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya. Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah. Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%. Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan  kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi. Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau, dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya. Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya). Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu. "Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan.Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga." "Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat." "Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga. "Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku, tugas seharianku, anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)."Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama. Semoga dengan apa yang terjadi di atas, akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam. 
-she should be thankful..... she got the forgiveness from her husband-

Monday 3 October 2011

kiSah KaSih IbU.........

menitik air mata aku baca kisah nie...so aku wish entry kali nie ada sdikit sbnyak beri kekuatan utk those kat luar sana n even me myself utk sama2 kita tabahkan hati dgn dugaan yg datang...sebab berat dugaan yg kita tanggung,kita tak tau myb berat lagi dugaan yg org laen tggung...

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membu...sung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.


Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?

Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.



7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "InsyaAllah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?

Mak jawab, "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"

Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.

Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.

Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura rajin menulis mengenai kisah abang didalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.

Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.

Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!"

Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."

Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.

Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).





Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen